Kajian
ini dilakukan di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan bagi memudahkan kajian ini
berjalan dengan lancar. Kajian ini juga telah melibatkan tiga buah jabatan
iaitu Diploma Islamic Banking (DIB), Diploma Retail Management (DRM) dan
Diploma Logistics (DLS). Jumlah keseluruhan ketiga-tiga jabatan ini ialah
seramai 150 orang pelajar. Manakala sampel yang diambil untuk membuat kajian
ini ialah seramai 30 orang pelajar daripada 150 pelajar.
Tuesday, 22 September 2015
KESIMPULAN
Dari perbincangan di atas jelaslah
Majlis Raja-Raja telah diberi peranan, kuasa dan kedudukan yang
jelas mengikut Perlembagaan Persekutuan. Walaupun berlaku sedikit sebanyak
krisis dan kekurangan dapat disimpulkan Majlis Raja-Raja telah diberi satu
kedudukan yang istimewa. Dengan lain perkataan ia lebih tinggi dari Parlimen
dari segi kedudukannya dan mungkin dari segi kuasa ia masih boleh diperbahaskan.
Ini berlaku tidak lain adalah bagaimana Perlembagaan itu ditafsirkan.
Perlembagaan Negara perlu diingat digubalkan berdasarkan tolak ansur dan
bermaufakatan antara beberapa bangsa yang berada di Negara ini. Ia sudah tentu
tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Dengan kata lain, semua pihak tidak
akan mendapat semua hak masing-masing. Maka dalam keadaan tersebut dan terbukti
pada hari ini Negara Malaysia telah lahir sebagai sebuah Negara yang begitu
aman dan salah satunya hasil dari perlembagaan tersebut dan lebih khusus,
Majlis Raja-Raja telah memainkan peranan serta menggunakan kuasa dan
kedudukannya dengan bijaksana dan terpuji. Selain itu, keberkasanan Majlis ini
bukan sahaja terletak kepada kuasa, peranan dan kedudukan yang telah diperuntukkan
dalam Perlembagaan sahaja tetapi Majlis Raja-Raja terus relatif dan berjaya
memainkan peranannya diluar dari kuasa, peranan dan kedudukan yang
diperuntukkan dalam perlembagaan.
SKOP KAJIAN
Kajian ini hanya berdasarkan tahun 1986. Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
yang terdiri daripada negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah
ditubuhkan.
Sehubungan dengan itu, satu Majlis
Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah ditubuhkan untuk
membincangkan hal-ehwal dan kepentingan bersama dengan pemerintah Inggeris.
Penyelidikan ini juga tertumpu kepada
kedudukan istimewa dan statusnya dalam Negara. Selain itu, Majlis Raja-Raja
juga mempunyai kuasa budi bicara yang meliputi beberapa perkara yang terkandung
di dalamnya.
Maklumat mengenai kajian ini diperolehi
melalui beberapa sumber sekunder seperti buku Pengajian Malaysia, Internet
serta bahan bacaan yang berkaitan dengan tajuk yang dikaji.
KEPENTINGAN KAJIAN
Melalui kepentingan kajian ini individu
dapat mengetahui perkara tentang Majlis Raja-raja. Seterusnya, dapat mengenal
pasti fungsi Majlis Raja-raja dan dapat memahami latar belakang Majlis
Raja-raja.
Manakala melalui masyarakat pula ialah dapat mengeratkan
hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Kemudian dapat menyemarakkan
semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat majmuk. Selain itu, dapat
memupuk semangat perpaduan antara kaum.
PERNYATAAN MASALAH
Masalah utama yang sering dihadapi ialah
kurangnya pendedahan tentang Majlis Raja-Raja dalam kalangan rakyat. Hal ini
kerana terdapat segelintir masyarakat yang tidak mengambil tahu tentang keadaan
semasa.
Seterusnya, sikap kurang minat masyarakat
terhadap sejarah menyebabkan masyarakat tidak tahu tentang Majlis Raja-Raja di
Malaysia. Hal ini kerana bagi masyarakat pada hari ini sejarah tidak penting
bagi mereka.
Di samping itu, masyarakat kini mempunyai
kesedaran dan persefahaman yang rendah terhadap unsur-unsur tradisi. Faktor ini
kerana terdapat segelintir masyarakat yang hanya mementingkan diri mereka
sendiri.
Monday, 21 September 2015
LATAR BELAKANG KAJIAN
Majlis
Raja-Raja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut perkara 38
perlembagaan persekutuan malaysia sebagai tempat bagi Raja-Raja dan yang
di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu,
perlembagaan persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat
daripada majlis Raja-Raja. Urusan pemilihan dan perlantikan yang di-Pertuan
Agong juga terletak pada Majlis Raja-Raja. Selain itu, majlis ini merupakan
kuasa tertinggi dalam hal ehwal di malaysia.
Majlis ini dianggotai oleh semua sembilan
Raja Melayu dan empat yang di-Pertuan Negeri di Malaysia. Mengikut peraturan
hanya Duli yang Maha Mulia (DYMM) Raja-Raja sahaja yang layak mempengerusikan
mesyuarat dan ia dipengerusikan mengikut giliran yang ada dalam susunan
sebagaimana yang ditetapkan oleh majlis. YAB
Menteri Besar / Ketua Menteri hadir sebagai penasihat kepada DYMM
Raja-Raja dan TYT yang di-Pertua Negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong hanya berangkat hadir pada mesyuarat hari kedua dengan
diiringi oleh YAB Perdana Menteri sebagai penasihat. Ini menjadikan mesyuarat
ini sebagai mesyuarat ‘tertinggi’ di Malaysia. Walau bagaimanapun, Yang
di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya atau ia
membincangkan polisi negara. Timbalan Perdana Menteri tidak tergolong dalam
Majlis Raja-Raja.
SINOPSIS PENUBUHAN MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU
Majlis Raja-Raja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut
Perkara 38 Perlembagaan Persekutuaan Malaysia sebagai tempat bagi Raja dan Yang
Di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu,
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya mendapatkan nasihat
daripada Majlis Raja-Raja. Urusun pemilihan dan perlantikan Yang Di-Pertuan
Agong juga terletak pada Majlis Raja-Raja.
Friday, 18 September 2015
PENGENALAN
Assalamualaikum WBT
Kami mewakili kelas DEC 1A Politeknik Nilai, Negeri Sembilan iaitu Wan Nur Alya Zuliqa Bt
Wan Azlan, Wan Norhasmimy Wahida Binti Abdullah dan Nurul Nadia Binti Bourhanuddin
ingin melaksanakan satu tugasan yang diberi oleh pensyarah kami, Puan Hasani Binti
Ghazali . Tajuk tugasan yang diberi adalah daripada bab 7, iaitu Penubuhan Majlis Raja Raja
Melayu di Malaysia. Kami diberikan tempoh selama sebulan untuk melaksanakan segala
tugasan tersebut. Harapan kami agar dapat menyiapkan segala tugasan yang diberikan
sebaik mungkin.
Sekian, Terima Kasih
Kami mewakili kelas DEC 1A Politeknik Nilai, Negeri Sembilan iaitu Wan Nur Alya Zuliqa Bt
Wan Azlan, Wan Norhasmimy Wahida Binti Abdullah dan Nurul Nadia Binti Bourhanuddin
ingin melaksanakan satu tugasan yang diberi oleh pensyarah kami, Puan Hasani Binti
Ghazali . Tajuk tugasan yang diberi adalah daripada bab 7, iaitu Penubuhan Majlis Raja Raja
Melayu di Malaysia. Kami diberikan tempoh selama sebulan untuk melaksanakan segala
tugasan tersebut. Harapan kami agar dapat menyiapkan segala tugasan yang diberikan
sebaik mungkin.
Sekian, Terima Kasih
Subscribe to:
Posts (Atom)