Monday, 21 September 2015

SINOPSIS PENUBUHAN MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU

Majlis Raja-Raja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuaan Malaysia sebagai tempat bagi Raja dan Yang Di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya mendapatkan nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Urusun pemilihan dan perlantikan Yang Di-Pertuan Agong juga terletak pada Majlis Raja-Raja.


Selain itu, Majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal agama islam di Malaysia. Majlis ini dianggotai oleh semua Sembilan orang Raja Melayu dan empat orang Yang Di-Pertua Negeri di Malaysia. Mengikut peraturan, hanya Duli Yang Maha Mulia (DYMM) raja-raja sahaja yang layak mempengurusikan masyuarat dan Majlis ini dipengerusikan mengikut giliran yang ada dalam susunan sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis.

YAB Menteri Besar atau Ketua Menteri hadir sebagai penasihat kepada DYMM raja-raja dan Yang Di-Pertua Negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong hanya berangkat hadir pada mesyuarat hari kedua dengan diiringi oleh YAB Perdana Menteri sebagai penasihat dan menjadikan mesyuarat ini sebagai mesyuarat ‘tertinggi’ di Malaysia.


No comments:

Post a Comment