Tuesday, 22 September 2015

BATASAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan bagi memudahkan kajian ini berjalan dengan lancar. Kajian ini juga telah melibatkan tiga buah jabatan iaitu Diploma Islamic Banking (DIB), Diploma Retail Management (DRM) dan Diploma Logistics (DLS). Jumlah keseluruhan ketiga-tiga jabatan ini ialah seramai 150 orang pelajar. Manakala sampel yang diambil untuk membuat kajian ini ialah seramai 30 orang pelajar daripada 150 pelajar.

CONTOH VIDEO PENUBUHAN MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU : PERSIDANGAN MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU KALI KE 225




DAPATAN KAJIAN : OBJEKTIF 3 : MENGKAJI SEJARAH PENUBUHAN MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU

DAPATAN KAJIAN : OBJEKTIF 2 : MENGETAHUI FUNGSI PENUBUHAN MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU

DAPATAN KAJIAN : OBJEKTIF 1 : MENGENAL PASTI FAKTOR PENUBUHAN MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU




KESIMPULAN



    Dari perbincangan di atas jelaslah Majlis Raja-Raja telah diberi peranan, kuasa dan   kedudukan yang jelas mengikut Perlembagaan Persekutuan. Walaupun berlaku sedikit sebanyak krisis dan kekurangan dapat disimpulkan Majlis Raja-Raja telah diberi satu kedudukan yang istimewa. Dengan lain perkataan ia lebih tinggi dari Parlimen dari segi kedudukannya dan mungkin dari segi kuasa ia masih boleh diperbahaskan. Ini berlaku tidak lain adalah bagaimana Perlembagaan itu ditafsirkan. Perlembagaan Negara perlu diingat digubalkan berdasarkan tolak ansur dan bermaufakatan antara beberapa bangsa yang berada di Negara ini. Ia sudah tentu tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Dengan kata lain, semua pihak tidak akan mendapat semua hak masing-masing. Maka dalam keadaan tersebut dan terbukti pada hari ini Negara Malaysia telah lahir sebagai sebuah Negara yang begitu aman dan salah satunya hasil dari perlembagaan tersebut dan lebih khusus, Majlis Raja-Raja telah memainkan peranan serta menggunakan kuasa dan kedudukannya dengan bijaksana dan terpuji. Selain itu, keberkasanan Majlis ini bukan sahaja terletak kepada kuasa, peranan dan kedudukan yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan sahaja tetapi Majlis Raja-Raja terus relatif dan berjaya memainkan peranannya diluar dari kuasa, peranan dan kedudukan yang diperuntukkan dalam perlembagaan.

SKOP KAJIAN

   Kajian ini hanya berdasarkan tahun 1986. Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah ditubuhkan.
     Sehubungan dengan itu, satu Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah ditubuhkan untuk membincangkan hal-ehwal dan kepentingan bersama dengan pemerintah Inggeris.
     Penyelidikan ini juga tertumpu kepada kedudukan istimewa dan statusnya dalam Negara. Selain itu, Majlis Raja-Raja juga mempunyai kuasa budi bicara yang meliputi beberapa perkara yang terkandung di dalamnya.
     Maklumat mengenai kajian ini diperolehi melalui beberapa sumber sekunder seperti buku Pengajian Malaysia, Internet serta bahan bacaan yang berkaitan dengan tajuk yang dikaji.


KEPENTINGAN KAJIAN


   Melalui kepentingan kajian ini individu dapat mengetahui perkara tentang Majlis Raja-raja. Seterusnya, dapat mengenal pasti fungsi Majlis Raja-raja dan dapat memahami latar belakang Majlis Raja-raja.
    Manakala melalui  masyarakat pula ialah dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Kemudian dapat menyemarakkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat majmuk. Selain itu, dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum.

PERNYATAAN MASALAH


Masalah utama yang sering dihadapi ialah kurangnya pendedahan tentang Majlis Raja-Raja dalam kalangan rakyat. Hal ini kerana terdapat segelintir masyarakat yang tidak mengambil tahu tentang keadaan semasa.
    Seterusnya, sikap kurang minat masyarakat terhadap sejarah menyebabkan masyarakat tidak tahu tentang Majlis Raja-Raja di Malaysia. Hal ini kerana bagi masyarakat pada hari ini sejarah tidak penting bagi mereka.

     Di samping itu, masyarakat kini mempunyai kesedaran dan persefahaman yang rendah terhadap unsur-unsur tradisi. Faktor ini kerana terdapat segelintir masyarakat yang hanya mementingkan diri mereka sendiri.

Monday, 21 September 2015

LATAR BELAKANG KAJIAN

   Majlis Raja-Raja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut perkara 38 perlembagaan persekutuan malaysia sebagai tempat bagi Raja-Raja dan yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, perlembagaan persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada majlis Raja-Raja. Urusan pemilihan dan perlantikan yang di-Pertuan Agong juga terletak pada Majlis Raja-Raja. Selain itu, majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal di malaysia.


      Majlis ini dianggotai oleh semua sembilan Raja Melayu dan empat yang di-Pertuan Negeri di Malaysia. Mengikut peraturan hanya Duli yang Maha Mulia (DYMM) Raja-Raja sahaja yang layak mempengerusikan mesyuarat dan ia dipengerusikan mengikut giliran yang ada dalam susunan sebagaimana yang ditetapkan oleh majlis. YAB  Menteri Besar / Ketua Menteri hadir sebagai penasihat kepada DYMM Raja-Raja dan TYT yang di-Pertua Negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hanya berangkat hadir pada mesyuarat hari kedua dengan diiringi oleh YAB Perdana Menteri sebagai penasihat. Ini menjadikan mesyuarat ini sebagai mesyuarat ‘tertinggi’ di Malaysia. Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya atau ia membincangkan polisi negara. Timbalan Perdana Menteri tidak tergolong dalam Majlis Raja-Raja.

SINOPSIS PENUBUHAN MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU

Majlis Raja-Raja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuaan Malaysia sebagai tempat bagi Raja dan Yang Di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya mendapatkan nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Urusun pemilihan dan perlantikan Yang Di-Pertuan Agong juga terletak pada Majlis Raja-Raja.

Friday, 18 September 2015

PENGENALAN

Assalamualaikum WBT 

Kami mewakili kelas DEC 1A Politeknik Nilai, Negeri Sembilan iaitu Wan Nur Alya Zuliqa Bt

Wan Azlan, Wan Norhasmimy Wahida Binti Abdullah dan Nurul Nadia Binti Bourhanuddin 

ingin melaksanakan satu tugasan yang diberi oleh pensyarah kami, Puan Hasani Binti 

Ghazali . Tajuk tugasan yang diberi adalah daripada bab 7, iaitu Penubuhan Majlis Raja Raja

 Melayu di Malaysia. Kami diberikan tempoh selama sebulan untuk melaksanakan segala 

tugasan tersebut. Harapan kami agar dapat menyiapkan segala tugasan yang diberikan 

sebaik mungkin.

Sekian, Terima Kasih